[VIDEO]OPPO rekod 18.3 peratus penguasaan pasaran - Utusan Malaysia

[VIDEO]OPPO rekod 18.3 peratus penguasaan pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Jenama telefon pintar global, OPPO merekodkan 18.3 peratus pe­nguasaan pasaran bagi jumlah penghantaran model telefon bimbitnya di Malaysia untuk suku pertama tahun ini.

Pengurus Produk OPPO Malaysia, Ken Ng berkata, beliau yakin jumlah tersebut mampu ditingkatkan dengan pelancaran warna baharu OPPO Reno yang kini didatangkan dalam warna Sunset Rose.

“OPPO Reno bukan sekadar sebuah telefon pintar malah merupakan peranti yang membolehkan pengguna meng­ekspresikan kreativiti masing-masing.

“Ia direka bagi memenuhi gaya hidup mereka yang artistik bagi menyokong idea-idea baharu,” katanya pada majlis pelancaran model OPPO Reno Sunset Rose di sini hari ini.

Yang turut hadir selebriti tempatan Elfira Loy.

OPPO hari ini memperkenalkan warna baharu Sunset Rose bagi model OPPO Reno yang ditawarkan pada harga RM1,999.

Ng berkata, warna Sunset Rose diinspirasikan daripada warna mawar putih dan cahaya merah jambu yang kelihatan pada waktu matahari terbenam.

Beliau berkata, tidak seperti warna-warna yang ditawarkan pada model OPPO yang lain, Sunset Rose memberikan gaya lebih feminin yang menambahkan lagi nilai estetika telefon pintar berkenaan.

“Di OPPO, rekaan dan nilai estetika memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu poduk bagi menarik minat pembeli,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×