MR.D.I.Y dapat pengiktirafan The BrandLaureate BestBrands Award - Utusan Malaysia

MR.D.I.Y dapat pengiktirafan The BrandLaureate BestBrands Award

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Peruncit barangan perkakasan rumah terbesar Malaysia, MR.D.I.Y Group Sdn. Bhd. dinobatkan sebagai Peneraju Jenama Runcit-Penambahbaikan Rumah 2018-2019 oleh The BrandLaureate BestBrands Award.

Naib Presiden Pemasaran MR.D.I.Y, Andy Chin berkata, pihaknya yakin pengiktirafan yang diterima akan menaikkan lsemangat syarikat untuk terus menawarkan produk dan barangan berkualiti pada masa hadapan.

“Memenangi anugerah berprestij ini adalah pengiktirafan kepada pengurusan dan barisan hadapan MR.D.I.Y. atas dedikasi, sumbangan dan usaha berterusan mereka dalam membentuk jenama dan syarikat pada masa kini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan terus menawarkan barang-barang dengan kualiti yang baik dan menyediakan penyelesaian sehenti untuk pembaikan rumah bagi pelanggan kami,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Pengerusi MR.D.I.Y, Datuk Azlam Shah Alias menerima anugerah berkenaan bagi pihak MR.D.I.Y.

Bertemakan To Be Heard, anugerah The BrandLaureate BestBrands Award kali ini mengetengahkan syarikat-syarikat untuk bersaing secara kompetitif dalam bidang ­masing-masing.

Semua penganugerahan dihakimi berdasarkan lima kriteria iaitu Strategi/Identiti Jenama, Kebudayaan Jenama, Komunikasi Bersepadu Jenama Komunikasi, Ekuiti Jenama dan Prestasi/Keuntungan Jenama.

MR.D.I.Y. adalah sebuah syarikat tempatan dengan lebih daripada 500 buah kedai di seluruh Malaysia dan turut menawarkan perkhidmatan dalam talian menerusi https://www.mrdiy.com.my/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini