KUALA LUMPUR 2 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan pelantikan lima Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu yang baharu bagi penggal 2018-2021.
Annuar dalam satu kenyataan berkata, lima ahli baharu tersebut adalah Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz ;Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin; Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yaakub Khan dan Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii.
Menurutnya, pelantikan tersebut dibuat selaras dengan Fasal 9.2.8 Perlembagaan parti dengan persetujuan Presiden, Datuk Seri Dr, Ahmad Zahid Hamidi.
Semua ahli baharu tersebut dilantik selepas pengumuman yang dibuat Ahmad Zahid sebelum ini memulakan tugasnya sebagai Presiden UMNO selepas bercuti enam bulan. – UTUSAN ONLINE











