Liputan pencemaran:Patuhi peraturan, gunakan PPE yang sesuai - Utusan Malaysia

Liputan pencemaran:Patuhi peraturan, gunakan PPE yang sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BHARU – Semua pihak yang terlibat dalam sebarang operasi melibatkan pencemaran toksik perlu mematuhi peraturan berkaitan keselamatan dan kesihatan termasuk menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), tan Sri Lee Lam Thye berkata, amat malang apabila ada dia antara para petugas, termasuk organisasi media turut menjadi mangsa ketika berada di kawasan tercemar.

“Kes sebegini seharusnya menjadi peringatan kepada organisasi media mengenai risiko yang dihadapi para petugas ketika berada di lapangan dan pihak majikan perlu menyediakan PPE yang sesuai sebelum menghantar wartawan dan jurugambar ke lokasi terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Soal keselamatan seharusnya menjadi keutamaan termasuk dalam kalangan petugas media,” katanya kepada pemberita selepas melawat jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP). Mohd. Azren Jamaludin di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Mohd Azren, 33, dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu selepas mengalami muntah-muntah, demam, sesak nafas dan pitam dipercayai akibat pencemaran udara di Pasir Gudang.

Beliau yang ditugaskan membuat liputan isu pencemaran udara sejak seminggu lalu, kini masih di bawah pengawasan doktor kerana turut disahkan dijangkiti virus Influenza B.

Lam Thye yang juga Ahli Lembaga Pengarah NSTP berkata, ketika kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim pada Mac lalu, beliau dimaklumkan lima orang petugas media turut menerima kesan termasuk dimasukkan ke hospital.

Beliau menasihatkan mereka yang ingin ke lokasi pencemaran supaya mendapatkan nasihat pakar termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan NIOSH mengenai PPE yang sesuai digunakan termasuk jenis topeng keselamatan dan respirator yang mampu menapis udara tercemar dengan berkesan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini