Gol Mane bantu kemaraan Senegal - Utusan Malaysia

Gol Mane bantu kemaraan Senegal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH – Bintang Liverpool, Sadio Mane meledak dua gol selepas sepakan penaltinya berjaya diselamatkan penjaga gol Kenya, sebelum Senegal beroleh kemenangan 3-0 di Kaherah, hari ini, dan sekali gus menempah slot ke peringkat 16 terbaik Piala Negara-Negara Afrika.

Pemenang Liga Juara-Juara itu menyaksikan sepakan penaltinya diselamatkan oleh Patrick Matasi sewaktu babak pertama permainan, sebelum dia menebus kesilapannya itu dengan menjaringkan dua gol selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi 45 minit pembukaan.

Ismaila Sarr meletakkan Senegal di depan pada minit ke-63 dan Mane menyumbat gol pada minit ke-71 dan ke-78, yang mana jaringan keduanya itu disempurnakan menerusi satu lagi sepakan penalti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenya terpaksa beraksi de-ngan 10 pemain sebelum penalti kedua diberikan kepada Se­ne­gal apabila Philemon Otieno dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.

Algeria pula melakukan 11 pertukaran ke dalam pasukannya yang menewaskan Senegal, minggu lalu dan masih mampu membenam Tanzania 3-0 di Kaherah yang sekali gus menyaksikan mereka menghuni kedudukan teratas Kumpulan C selepas mengumpul sembilan mata.

Senegal muncul selaku naib juara dengan enam mata, manakala Kenya yang mengutip tiga mata berada di kedudukan ketiga dan Tanzania yang kembali menyertai pertandingan itu selepas 39 tahun mengakhiri cabaran tanpa sebarang mata.

Kejayaan Senegal melepasi halangan kumpulan, menyaksikan 12 pasukan telahpun mengesahkan tempat mereka ke pusingan kedua yang akan melakukan sepak mula, Sabtu ini.

Tuan rumah, Mesir, pasukan yang melakukan kejutan Madagascar, Algeria dan Maghribi mara selaku juara kumpulan, sementara Uganda, Nigeria, Senegal dan Ivory Coast melayakkan diri sebagai naib juara.

Guinea dan Congo turut layak setelah mengisi dua daripada empat slot pasukan yang berada di kedudukan ketiga terbaik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini