PH tidak ikhlas iktiraf UEC - Utusan Malaysia

PH tidak ikhlas iktiraf UEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menetapkan tarikh akhir bagi menyelesaikan laporan hasil kajian berhubung Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam tahun ini.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, penangguhan laporan hasil tersebut jelas menunjukkan kerajaan PH tidak ikhlas dan terus mengheret isu UEC walaupun telah berjanji untuk memberi pengiktirafan kepada sistem peperiksaan berkenaan.

Katanya, apa yang mengecewakan pengiktirafan tersebut masih tidak direalisasikan walaupun selepas setahun PH memerintah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengiktirafan UEC merupakan isu pendidikan dan perlu dilihat daripada sudut perspektif tersebut. Pendidikan perlu terbuka untuk membolehkan pelajar memperoleh manfaat dalam masa yang singkat dengan sumber terhad.

“Lebih penting, sistem pendidikan di negara kita dapat memenuhi cabaran masyarakat dan dunia. Jelas sekali, Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik terus mengheret isu UEC. Dia juga tidak bersedia menetapkan tarikh akhir laporan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini