Penganggur ditahan bersama dadah heroin 122.1 gram bernilai lebih RM6,000 - Utusan Malaysia

Penganggur ditahan bersama dadah heroin 122.1 gram bernilai lebih RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang penganggur ditahan polis bersama dadah jenis heroin seberat 122.1 gram dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sri Kinta di sini semalam.

Serbuan kira-kira pada pukul 11.45 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak. 

Ketua JSJN Perak, Asisten Komisioner V. R. Ravi Chandran berkata, hasil pemeriksaan di rumah suspek menemui dadah jenis heroin dengan anggaran berat 122.1 gram. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang dipercayai aktif menjalankan aktiviti mengedar dadah itu sejak tiga bulan lalu. 

“Rampasan dadah dianggarkan bernilai RM6,105,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Tambah Ravi Chandran, pihaknya turut merampas sebuah motosikal suspek yang dianggarkan bernilai RM2,500. 

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 8 Julai untuk siasatan lanjut. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sehingga mati jika sabit kesalahan,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini