Murid tahun 3 dipercayai hilang - Utusan Malaysia

Murid tahun 3 dipercayai hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 2 Julai – Seorang murid tahun tiga dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya untuk membeli sarapan pagi di sebuah kedai yang terletak di depan rumah mangsa di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut dekat sini semalam.

Saiful Aiman Mohamad, 9, yang dikatakan tidak hadir ke sekolah dan berseorangan di rumah telah keluar untuk membeli sarapan kira-kira pukul 9 pagi manakala ibunya Siti Ruziana Sidek, 35, keluar bekerja di tempat memproses ikan di Kampung Pachakan tidak jauh dari situ.

Siti Ruziana yang pulang ke rumah kira-kira pukul 4.30 petang mendapati Aiman tiada di rumah dan pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, ibu mangsa mulai risau dan cemas kira-kira pukul 7 malam apabila anaknya itu masih belum pulang.

TENGKU ZAIHAN CHE KU ABDUL RAHMAN bertanya khabar Siti Ruziana (tudung hijau) ketika menziarahi kelu
TENGKU ZAIHAN CHE KU ABDUL RAHMAN bertanya khabar Siti Ruziana (tudung hijau) ketika menziarahi keluarga mangsa di Kampung Gertak Seratus, Besut, Terengganu  petang  ini.   – UTUSAN ONLINE

Siti Ruziana yang kematian suami sejak tiga tahun lalu itu kemudian bersama beberapa ahli keluarga dan jiran telah berusaha mencari di kawasan sekitar namun gagal sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 11 malam tadi.

Difahamkan, balu itu diberitahu bahawa mangsa yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu dilihat menaiki kereta sewa bersama seorang wanita warga Thailand yang bekerja di Kuala Besut menghala ke Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

SITI RUZIANA SIDEK menunjukkan wajah anaknya, Saiful Aiman Mohamad yang dipercayai hilang sejak pagi
SITI RUZIANA SIDEK menunjukkan wajah anaknya, Saiful Aiman Mohamad yang dipercayai hilang sejak pagi semalam di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut, Terenggganu. – UTUSAN ONLINE

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh petang ini sempat mengunjungi keluarga mangsa dan Aiman masih belum pulang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini