Scoot terbang ke Kota Bharu - Utusan Malaysia

Scoot terbang ke Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, Scoot memulakan penerbangan terus yang pertama dari Singapura ke Kota Bharu menjadikan bandaraya itu destinasi ketujuh Scoot di Malaysia selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Pegawai Komersial Scoot, Calvin Chan berkata, para penumpang penerbangan sulung tersebut disambut dengan pancuran tembakan air sebaik sahaja kapal terbang A320 mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sekitar 4.05 petang hari ini.

Katanya, Scoot menjadi pengendali antarabangsa eksklusif yang menawarkan penerbangan terus ke Kota Bharu dengan tambang nilai tambah dan penjimatan masa yang menguntungkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penumpang dari Kota Bharu kini boleh menjimatkan lebih daripada dua jam masa perjalanan dengan terbang secara terus ke Singapura tanpa perlu berhenti di Kuala Lumpur.

“Dari Singapura, para penumpang boleh menjelajah ke lebih daripada 60 destinasi di 17 buah negara dalam rangkaian Scoot termasuk Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah dan Sydney serta destinasi baharu seperti Trivandrum, Wuhan, Kunming dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sempena meraikan pelancaran laluan tersebut, tambang sehala istimewa dari Kota Bharu ke Singapura serendah RM59 termasuk cukai bagi kelas ekonomi FLY dan terbang sebelum 25 Oktober ini. Tiket boleh didapati mulai 9 hingga 11 Julai ini.

Scoot merupakan anak syarikat Singapore Airlines Group. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini