Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS buat hari kedua berturut-turut disebabkan oleh permintaan lemah ke atas mata wang tempatan selain sentimen luaran yang bercampur-campur.

Pada pukul 6 petang, unit tempatan disebut harga pada 4.1370/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1350/1400 yang direkodkan pada Isnin.

Seorang peniaga berkata, minat ke atas dolar lebih tinggi susulan prospek penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) meskipun keyakinan ke atas kemajuan perdagangan AS-China menurun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu harga minyak dunia meningkat dua peratus selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum bersetuju untuk meneruskan pemotongan bekalan sehingga Mac 2020.

“Walaupun harga minyak meningkat yang sepatutnya mendorong pengukuhan ringgit, ini masih boleh diimbangi oleh sentimen dolar AS yang bercampur-campur,” katanya di sini hari ini.

Pada penutupan, ringgit ditutup bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0509/0542 daripada 3.0517/0558 pada Isnin, tinggi berbanding pound kepada 5.2209/2255 daripada 5.2279/2359 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6773/6815 daripada 4.6816/6890.

Ringgit bagaimanapun lemah berbanding yen Jepun kepada 3.8199/8241 daripada 3.8181/8234. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini