Lori pasir rempuh kaunter Puspakom - Utusan Malaysia

Lori pasir rempuh kaunter Puspakom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN  – Sebuah lori pasir merempuh kaunter Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Senawang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, tiga pemandu lori yang sedang berurusan di kaunter tersebut mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd. Abdul Kadir berkata, kejadian berlaku selepas lori pasir itu selesai menjalani pemeriksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga mangsa yang cedera ialah Muhammad Afiq Ismail, 24; G Poovalingam, 39, dan Rustam Sakka, 31.

“Siasatan mendapati pemandu lori menghidupkan enjin sebelum kenderaan mengundur lalu merempuh pejabat kaunter Puspakom,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Ibrahim berkata, semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini