Pemuda maut langgar bas RapidKL - Utusan Malaysia

Pemuda maut langgar bas RapidKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah bas RapidKL dalam kejadian di Jalan Pusat Bandar menghala ke Ampang dekat sini hari ini.

Sebuah motosikal terperosok masuk ke bawah sebuah bas RapidKL dalam kemalangan maut di Jalan Pusat Bandar menghala ke Ampang, Selangor hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 petang itu, mangsa Al Banjar Abraham, 21, maut di lokasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku sewaktu bas RapidKL dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Pusat Bandar menuju ke Ampang, Selangor di lorong sebelah kanan.

Ujarnya, mangsa yang berasal dari Ipoh, Perak itu dikatakan telah masuk ke laluan tersebut dari arah bertentangan dan menyebabkan dia melanggar bas yang sedang bergerak.

“Ekoran kejadian itu, mangsa telah tercampak di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini