Mayat anak anggota polis yang lemas ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat anak anggota polis yang lemas ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 2 Julai – Mayat kanak-kanak lelaki yang terjatuh dan hilang di Sungai Muar di sini berhampiran bangunan milik Pejabat Daerah di sini berjaya dteimukan pukul 2.40 petang tadi.

Jenazah Muhammad Faqih Mohd. Fairuz, 7, ditemukan pasukan mecnari dan menyelamat (SAR) di kuala Sungai Muar berhampiran Teluk Marina kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, usaha mencari seorang lagi mangsa iaitu bapa kepada kanak-kanak berkenaan masih lagi diteruskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat dan usaha mencari Lans Koperal Mohd. Fairuz Mohd. Hashim masih lagi diteruskan.

“Pencarian diteruskan dan kita lebihkan kepada pencarian di permukaan air di Kuala Sungai Muar,” katanya ketika dihubungi di sini.

MAYAT Muhammad Faqih Mohd. Fairuz ditemukan pukul 2.40 petang tadi selepas terjatuh di Sungai Muar,
MAYAT Muhammad Faqih Mohd. Fairuz ditemukan pukul 2.40 petang tadi selepas terjatuh di Sungai Muar, di Muar, Johor semasa bermain bersama-sama dua lgi adik-beradiknya petang semalam. – UTUSAN ONLINE
MOHD. FAIRUZ MOHD. HASHIM
MOHD. FAIRUZ MOHD. HASHIM 

Pukul 6 petang semalam, Mohd. Fairuz, 36, iaitu anggota dari Bilik Gerakan, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya itu yang terjatuh di Sungai Muar.

Mangsa bersama-sama tiga anaknya berusia sembilan, tujuh dan empat tahun dilaporkan ke lokasi kejadian untuk menghantar bungkusan makanan kepada petugas di situ.

Tiga kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di sekitar kawasan berkenaan namun, Muhammad Faqih dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan hanyut ekoran arus deras. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini