`Beri kami sedikit masa carum skim ditawar Perkeso’ - Utusan Malaysia

`Beri kami sedikit masa carum skim ditawar Perkeso’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH 1,400 daripada 1,976 pemandu teksi di Negeri Sembilan masih belum membuat caruman di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri yang ditawarkan Pertubuhan Ke­selamatan Sosial (Perkeso).

KERATAN akhbar Utusan Malaysia esok yang memaparkan lebih 1,400 daripada 1,976 pemandu teksi di Negeri Sembilan masih belum membuat caruman

Ini didedahkan Pengarah Perkeso negeri, M. Nallusamy yang menyifatkan masih ramai pemandu teksi kurang kesedaran untuk mendaftar sedangkan skim itu adalah untuk kebaikan mereka dan keluarga jika berlaku kemalangan atau musibah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wartawan HARADIAN SHAH HAMDAN menemubual pemandu teksi di Terminal One Seremban bagi mendengar luahan dan pandangan mereka yang kemungkinan dikenakan kompaun sehingga RM4,000 akibat gagal mendaftar.

Rata-rata mengakui belum mendaftar kerana tidak mengetahui secara terperinci skim tersebut dan manfaat yang akan diperoleh selain meminta Perkeso sedikit masa kepada mereka yang belum berbuat demikian.

Butiran lanjut mengenai isu tersebut boleh didapati dalam akhbar edisi cetak Utusan Malaysia esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini