Polis Malaysia, Indonesia bersatu banteras dadah - Utusan Malaysia

Polis Malaysia, Indonesia bersatu banteras dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Polis Malaysia dan Indonesia mengambil pendekatan berkongsi maklumat risikan, bagi membanteras sindiket penyeludupan dadah, yang dilihat semakin membimbangkan.

Timbalan Direktor Divisyen Narkotik Polis Indonesia, Krisno Siregar berkata sepasukan polis Malaysia, yang diketuai Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Abdul Rahim Dolmat, kini berada di Jakarta, khusus bagi membincangkan, mengambil pendekatan dan tindakan khusus menangani perkara itu.

Ia susulan beberapa kejadian penyeludupan dadah dari Malaysia, yang diseludup ke Indonesia sejak kebelakangan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terbaharu, enam warga Malaysia ditahan disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah jenis syabu menggunakan kapal layar mewah.

Polis Indonesia menemui dadah jenis syabu seberat 37 kilogram di dalam kapal layar Carron Layner , yang berlabuh di Dermaga Batavia Sunda Kelapa, Jakarta Utara, jam 9.30 malam pada 4 Jun lepas.

“Menerusi pertemuan ini, kami juga membincangkan kerjasama dengan pihak polis di 11 wilayah di Indonesia iaitu fokus kepada kawalan sempadan laut dan darat, dan perkongsian maklumat risikan,” katanya.

Beliau berkata polis Malaysia dan Indonesia sedar bahawa produk dadah yang diseludup ke Indonesia, bukannya berasal dari Malaysia.

“Dadah ini dipercayai dari Myanmar dan negara lain, dengan menjadikan Malaysia sebagai transit, sebelum diseludup ke Indonesia,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini