PORT HARCOURT – Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban manakala lebih 100 orang lagi cedera selepas sebuah lori tangki minyak terbabas serta meletup.
Lori berkenaan terbalik ketika ia dalam perjalanan melalui kampung Ahumbe di negeri Benue semalam.
Penduduk tempatan cuba mengutip minyak yang bocor daripada lori terbabit tetapi tiba-tiba ia meletup.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jurucakap majlis tempatan berkata, jumlah kematian berkemungkinan lebih tinggi daripada yang dijangkakan. – AFP











