Tiga lagi kilang kimia di Pasir Gudang ditahan operasi - Utusan Malaysia

Tiga lagi kilang kimia di Pasir Gudang ditahan operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tiga lagi perintah tahan operasi dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor serta-merta terhadap tiga kilang kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 semalam.

Mengesahkan perkara itu, Pengarahnya Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, ketiga-tiga kilang berkenaan didapati membuat kesalahan yang termaktub di bawah akta berkenaan.

“Ya, kesalahan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Bagaimanapun, kesalahan 
bukan berkaitan melepaskan gas berbau,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, operasi selama beberapa hari ini, memang menumpukan kepada kilang kimia dan kilang-kilang yang menggunakan bahan kimia serta kilang-kilang yang menghasilkan buangan toksik dan berbahaya.

“Sehingga semalam, 90 kilang telah diperiksa dalam operasi ini,” kata beliau lagi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini