Rumah terbuka Aidilfitri PBPM Kemaman meriah - Utusan Malaysia

Rumah terbuka Aidilfitri PBPM Kemaman meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Majlis rumah terbuka dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Kemaman 2019 berlangsung meriah di Chukai di sini semalam yang dihadiri lebih 200 orang.

Selain ahli PBPM cawangan itu, Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Kemaman, Balu PDRM, ahli grup Whatsapp PBPM Kemaman, ahli grup Whatsapp Persatuan Pesara Polis Negeri Terengganu (PPPNT) Cawangan Kemaman turut hadir.

Majlis diadakan di Restoran Nasi Kerabu Kambing Bakar, Batu 1 Jalan Air Putih, Chukai yang juga dihadiri Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Said Ibrahim dan Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Asisten Superintenden Mohd. Khairil Abdullah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua PBPM Cawangan Kemaman, Mohamad Othman berkata, program sambutan Rumah Terbuka dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019 dapat mengeratkan silaturahim dan merapatkan semula hubungan yang terpisah selepas bersara.

“Dengan mengadakan majlis seperti ini, kita dapat mengenali keluarga rakan-rakan terutama generasi baru agar silaturahim terus kekal sepanjang masa.

“Selain itu, PBPM Cawangan Kemaman turut meraikan kenaikan pangkat Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Said Ibrahim yang akan bertukar ke IPD Seremban, Negeri Sembilan pada pertengahan bulan ini sebagai Ketua Polis Daerah dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP),” katanya.

Pada majlis itu, PBPM Cawangan Kemaman turut menguruskan pendaftaran keahlian baharu bagi mana-mana bekas anggota polis yang masih belum menjadi ahli.

Bekas anggota polis yang belum menjadi ahli terutama mereka yang baharu bersara dan ingin menjadi ahli PBPM boleh menghubungi Setiausaha PBPM Cawangan Kemaman, Mohd. Arif Osman di talian 013-932 9073. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini