Spa dalam hotel kantoi tawar seks - Utusan Malaysia

Spa dalam hotel kantoi tawar seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Sebanyak 12 individu termasuk lapan gadis pelayan (GRO) asing ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah spa di Dang Wangi di sini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 10.35 malam itu dijalankan oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, kesemua suspek berusia 22 hingga 39 tahun itu terdiri daripada dua lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga, dua lelaki warga Bangladesh serta lapan GRO warga Indonesia dan Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, hasil siasatan mendapati premis yang beroperasi di tingkat tiga di sebuah hotel itu mempunyai lesen untuk urutan badan namun menawarkan perkhidmatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati premis tersebut telah beroperasi sejak beberapa tahun lalu dan pernah diserbu sebelum ini. Bagaimanapun, ini merupakan serbuan kali pertama buat tahun ini.

“Pemeriksaan lanjut mendapati spa itu menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar bayaran RM200,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rohazah berkata, pihaknya turut merampas lapan keping kondom, sehelai tuala, jadual kerja, kad nama dan wang berjumlah RM233.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 373(1)(a) Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 372B KK, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) di bawah Akta Imigresen.-UTUSAN ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini