KEDAMAIAN hati hamba adalah apabila dia tenang bersama Allah SWT.
Sebagaimana firman Allah maksudnya: “Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada rasul dan kepada orang yang beriman.” (At-Taubah: 26)

Ketenangan adalah keterpautan hati kepada tuhan, kepercayaan hati yang kuat kepada Yang Maha Pengasih, atau ketenangan nurani kerana bertawakal kepada Yang Maha Kuasa.
Ketenangan adalah kedamaian emosi dan tidak memberontak. Ketenangan seperti ini adalah keadaan tenang yang hanya boleh dicapai oleh orang beriman, menghindarkan mereka daripada kebingungan dan tekanan, keraguan dan was-was hati sesuai dengan tahap pergantungan hamba kepada Tuhannya. Firman Allah maksudnya: “Allah menetapkan (pendirian) orang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat.” (Ibrahim: 27)
Sumber Buku ‘La Tahzan’ – Jangan Bersedih











