Unit OIB beli tanah SDP bernilai RM40.11 juta - Utusan Malaysia

Unit OIB beli tanah SDP bernilai RM40.11 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anak syarikat Oriental Interest Bhd., Myra Land Sdn. Bhd. membeli tanah milik Sime Darby Plantation Bhd. di Kuala Langat, Selangor bernilai RM40.11 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian jual dan beli bagi cadangan pembelian plot tanah 42.1 hektar.

OIB berkata pembelian tersebut akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman bank.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cadangan pembelian itu adalah sejajar dengan rancangan strategik syarikat untuk memanfaatkan kelebihannya dalam pembangunan hartanah dan pembinaan untuk membangunkan tanah yang melengkapi pembangunan sedia ada di Lembah Klang.

“Ia juga selari dengan cadangan keseluruhan syarikat itu untuk meningkatkan simpanan tanah di kawasan berpotensi berikutan peluang sedia ada pada situasi pasaran semasa,” katanya.

Pengambilalihan itu dijangka menyumbang secara positif ke atas pendapatan syarikat itu pada masa depan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini