PASIR GUDANG – Empat pelajar menjadi mangsa terbaharu pencemaran udara pada hari ini yang terus meresahkan dan menimbulkan kebimbangan masyarakat setempat.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, pelajar berkenaan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kota Puteri, SK Seri Alam dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
“Namun tiada seorang pun yang dimasukkan ke dalam wad di hospital,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini sebentar tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Yang turut hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. – UTUSAN ONLINE











