Bayi dan kanak-kanak antara 20 warga Myanmar mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan - Utusan Malaysia

Bayi dan kanak-kanak antara 20 warga Myanmar mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA – Polis Thailand menyelamatkan 20 warga Myanmar termasuk seorang bayi dan lima kanak-kanak dipercayai mangsa pemerdagangan manusia di sebuah rumah kedai di Padang Besar, Sadao, Songkhla pada Sabtu lalu.

Pengarah Pusat Perlindungan Kanak-kanak, Wanita, Keluarga dan Antipemerdagangan Manusia, Jeneral Polis Suchat Theerasawat berkata, bunyi bayi menangis dan jeritan kanak-kanak selama beberapa hari di rumah kedai yang ditinggalkan tersebut menyebabkan orang ramai membuat laporan polis.

Suchart yang mengetuai operasi menyelamat berkata, mereka terkejut apabila mendapati sekumpulan pendatang yang lemah dan lapar, dikunci dalam rumah kedai itu.

”Apabila tiba, kami mendengar wanita dan kanak-kanak menangis di dalam.

”Setelah memasuki rumah kedai itu, kami mendapati 20 daripada mereka iaitu sembilan lelaki, lima wanita dan bakinya kanak-kanak berumur antara enam dan 14 tahun manakala seorang bayi berusia setahun tiga bulan, berada dalam keadaan sesak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini


Tambahnya, mereka dikatakan dikunci selama sekurang-kurangnya lima hari di situ tanpa makanan dan minuman.
“Polis percaya mangsa dikunci di situ sementara menunggu untuk masuk ke sempadan Malaysia.

”Polis kini memburu dalang sindiket pemerdagangan manusia itu,” ujarnya. – BERNAMA



Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini