Kumpulan pecah rumah 'Geng Ah Hau' tumpas - Utusan Malaysia

Kumpulan pecah rumah ‘Geng Ah Hau’ tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Polis berjaya melumpuhkan sebuah kumpulan pecah rumah dikenali sebagai ‘Geng Ah Hau’ selepas menahan lima lelaki tempatan melalui beberapa siri serbuan yang dilakukan di sekitar Kajang dan Cheras pada 20 Jun lalu. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kumpulan tersebut didalangi oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dan aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Kajang, Cheras, Petaling Jaya dan Shah Alam. 

“Dalam salah satu serbuan yang dilakukan, pihak polis telah memeriksa sebuah kereta jenis Toyota Vios milik salah seorang suspek dan menemui beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah pecah rumah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut ditemui adalah beberapa utas jam tangan mewah, komputer tablet serta beg tangan mewah dipercayai milik mangsa,” katanya pada satu sidang akhbar di IPD Kajang di sini hari ini. 

Menurut Ahmad Dzaffir, pihaknya percaya telah berjaya menyelesaikan kira-kira 15 kes kejadian pecah rumah dengan tertangkapnya kelima-lima suspek berkenaan. 

“Buat masa ini, kami sedang giat mengesan tiga lagi individu termasuk seorang wanita tempatan yang dipercayai sedang menyembunyikan diri. 

“Individu yang dicari adalah Lim Y. Ngjin, 26, beralamat di Blok A1-08 Taman Taming Jaya, Balakong, Kajang; Virgina Gan Kwee Eng, 24, beralamat di Nombor 99 Jalan Junid Dalam Muar, Muar dan Chong Wai Fong, 23, beralamat di Nombor 67 Kampung Baru Balakong, Sri Kembangan, Selangor. 

“Orang ramai yang punyai maklumat tentang individu ini boleh hubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Maheswary di talian 016-2790366,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini