KUSHIRO – Jepun menjalankan pemburuan paus komersil pertama selepas tiga dekad hari ini, menolak kemarahan antarabangsa penyambungan aktiviti berkenaan.
Pada 26 Disember tahun lalu, Jepun mengumumkan penarikan diri daripada Suruhanjaya Ikan Paus Antarabangsa (IWC) yang menimbulkan kritikan antarabangsa.
Penarikan tersebut berkuat kuasa semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kapal Jepun memulakan pemburuan paus komersil di perairannya pada pagi dan berjaya menangkap ikan pertama tengah hari tadi. – AFP











