KPDNHEP Perak rampas 264 jersi tiruan bernilai hampir RM10,000 - Utusan Malaysia

KPDNHEP Perak rampas 264 jersi tiruan bernilai hampir RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Sejumah 264 helai baju jersi dan sehelai seluar berjenama terkenal tiruan pasukan bola sepak tempatan bernilai RM9,438 dirampas dalam dua serbuan berasingan di Gerbang Malam dan Stadium Perak di sini pada kelmarin dan semalam. 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Khalid Tik berkata, serbuan pertama di Gerbang Malam pada pukul 9 malam kelmarin itu turut disertai empat wakil cap dagang jenama terkenal berkenaan.

“Beberapa buah premis telah diperiksa dalam serbuan pertama dan pemeriksaan mendapati terdapat peniaga yang menjual baju jersi dan seluar tiruan pasukan tempatan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menyita sebanyak 46 helai baju jersi dan sehelai seluar berkenaan dan rampasan dianggarkan bernilai RM1,520,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Khalid, dalam serbuan kedua di beberapa buah premis berhampiran Stadium Perak pada pukul 8 malam semalam pula, KPDNHEP menyita 218 helai baju jersi tiruan bernilai RM7,918. 

“Kesemua barang sitaan itu kini disimpan di stor ekshibit KPDNHEP Perak untuk siasatan lanjut,” katanya. 

“KPDNHEP memandang serius mana-mana peniaga yang menggunakan perihal dagangan palsu ke atas berangan berjenama dan tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka sekiranya didapati bersalah,” katanya. 

Katanya, kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum denda sehingga RM10,000 bagi setiap barangan atau dipenjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini