UMNO bersedia kemungkinan keputusan ROS - Utusan Malaysia

UMNO bersedia kemungkinan keputusan ROS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – UMNO bersedia terhadap sebarang kemungkinan bakal berlaku termasuk menghadapi pengharaman ekoran dakwaan menerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya enggan mengulas strategi dan langkah susulan yang akan dilakukan parti.

“Buat apa saya hendak beritahu strategi, kalau beritahu, tidak jadi strategi. Memang ada risiko dalam kehidupan, itu tidak boleh dielakkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu memang tugas mereka (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) menyiasat bila ada aduan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang 2019 di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Masyati Abang Ibrahim berkata, pihaknya sedang meneliti dokumentasi UMNO negeri dan bahagian antara 41 responden menerima dana 1MDB sekiranya wujud pelanggaran di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Sementara itu, Mohamad berkata, kandungan Piagam UMNO-Pas akan dimuktamadkan dalam satu mesyuarat yang berlangsung pada 10 Julai ini.

Katanya, kedua-dua parti akan duduk berbincang selepas Mesyuarat Jawatankusa Teknikal yang diwakili oleh Naib-Naib Presiden UMNO dan Pas iaitu Datuk Seri Khaled Nordin dan Idris Ahmad.

“Kita akan lancar piagam ini di dalam satu program yang dijangka disertai seluruh rakyat Malaysia. Butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, manifesto UMNO bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 perlu dirangka bermula sekarang.

“Kita tidak mahu jadi seperti dahulu iaitu dua tiga bulan sebelum pilihan raya baharu hendak buat, kita mesti bermula sekarang.

“Saya jangka pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh Mei hingga Disember tahun depan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini