Tiga cef tempatan wira tidak didendang - Utusan Malaysia

Tiga cef tempatan wira tidak didendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Setiap kali tiba musim haji, petugas Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) antara yang sibuk menguruskan jemaah Malaysia di Mekah dan Madinah bagi memastikan mendapat keselesaan dalam menunaikan ibadah haji.

Kehadiran cef dari Malaysia berserta menu, resipi dan kepelbagaian masakan sekali gus menyuntik semangat khususnya para petugas Tabung Haji seolah-olah sedang makan di tanah air.

CEF ISMAIL HAMID pernah memasak untuk lebih 10,000 jemaah Muassasah di Madinah pada tahun 1998. - UT
CEF ISMAIL HAMID pernah memasak untuk lebih 10,000 jemaah Muassasah di Madinah pada tahun 1998. – UTUSAN ONLINE

Tiga cef tersebut ialah Cef Ismail Hamid dibantu oleh Cef Bakri Ahmad dan Cef Yusairi yang merupakan antara tukang masak mahir menyediakan makanan kepada petugas Tabung Haji di Ibu pejabat agensi itu di Bangunan Abraj Al-Janadriah di Makkah tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ismail berkata, dia mula membabitkan diri dalam bidang kulinari sejak berumur 23 tahun dan pernah memasak untuk lebih 10,000 jemaah Muassasah di Madinah pada tahun 1998 sekali gus kaya pengalaman bertugas di dapur untuk jemaah Malaysia.

CEF BAKRI AHMAD akan memastikan makanan yang disediakan menepati citarasa petugas Tabung Haji. - UT
CEF BAKRI AHMAD akan memastikan makanan yang disediakan menepati citarasa petugas Tabung Haji. – UTUSAN ONLINE

Menurutnya, peluang berkhidmat bersama Tabung Haji di tanah suci disifatkan sebagai satu nikmat dinantikan khususnya apabila menyediakan makanan kepada petugas yang boleh menyantuni para jemaah haji.

“Masih ingat lagi pada tahun 2008, saya masak untuk jemaah haji ketika kemuncak haji di Arafah dengan menggunakan dapur kayu arang sambil menyarung ihram kerana turut serta menjalankan ibadah wukuf.

CEF YUSAIRI turut sama membantu menyediakan makanan kepada petugas Tabung Haji. - UTUSAN ONLINE
CEF YUSAIRI turut sama membantu menyediakan makanan kepada petugas Tabung Haji. – UTUSAN ONLINE 

“Pengalaman seperti ini tidak ternilai kerana kita ingin memastikan para jemaah dapat makan dan mengalas perut supaya tidak mengganggu ibadah mereka,” katanya di sini hari ini.


Ismail yang berpengalaman 27 tahun dalam penyediaan makanan menambah, dia yakin tujuan utama bertugas dan beribadah itu adalah seiring dalam memastikan tanggungjawab dipikul di samping mencari keberkatan dalam tugasan.

Katanya, dia turut mengambil pendekatan beribadah menerusi masakan dengan memperjuangkan penyediaan masakan yang halal dan bersih dari segenap aspek dengan mematuhi peraturan standard operasi pengendalian penyediaan makanan ditetapkan Tabung Haji, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Arab Saudi.

“Saya amat bersyukur kerana dapat bekerja sambil beribadat. Bertugas di Tanah Suci ini adalah impian yang amat saya harapkan dan Alhamdulillah, pada tahun ini, dimakbulkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini