Peluang miliki rumah teres 2 tingkat di Pasir Puteh - Utusan Malaysia

Peluang miliki rumah teres 2 tingkat di Pasir Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Orang ramai di negeri ini berpeluang memiliki rumah idaman jenis teres dua tingkat dengan harga potongan istimewa di Taman Putra, di sini, iaitu sebuah projek perumahan bercampur dan berskala besar yang terletak di Bukit Gedombak.

Projek tersebut merupakan usahasama antara syarikat pemaju Asiaric Construction Sdn. Bhd. (Asiaric) dengan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan fasa pertamanya yang melibatkan sebanyak 108 unit kediaman dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

TEOW CHEE HWA
TEOW CHEE HWA 

Pengarah Asiaric Construction, Datuk Teow Chee Hwa berkata, harga asal rumah berkenaan ialah RM298,000, namun 50 pembeli terawal bakal menikmati potongan harga istimewa RM20,000 daripada Asiaric.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi Skim MyHome yang diperkenalkan kerajaan, pembeli tersebut yang memenuhi syarat permohonan bakal menikmati subsidi tambahan sebanyak RM30,000 lagi.

“Jadi pembeli bertuah ini sebenarnya mendapat potongan sehingga RM50,000 bagi pembelian seunit rumah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Galeri Jualan Taman Putra yang dibuka di Jalan Pasir Puteh Sentral, di sini.

Perasmian tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan, Mohd. Nazlan Mohamed Hasbullah

Berkeluasan 20X60, rumah yang dibina  menggunakan Teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) ini memiliki empat bilik tidur, tiga bilik air, halaman dan garaj kenderaan yang luas serta selesa, selain terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran pusat bandar.

Chee Hwa berkata, projek perumahan Bukit Gedombak sebenarnya pernah dilancarkan sejak sedekad lalu namun gagal diteruskan pemaju terdahulu atas pelbagai alasan.

Katanya, Asiaric Construction menawarkan diri untuk mengambil alih projek itu sebelum melakukan penjenamaan semula terhadapnya dengan mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM20 juta.

“Kos keseluruhan pembangunan Taman Putra di atas tanah berkeluasan kira-kira 33 hektar ini dijangka mencecah RM285 juta. Kita akan berusaha bangunkan taman ini secara berperingkat sehinggalah mencapai sasaran sebenar, iaitu membina lebih 1,200 unit rumah dalam pelbagai kategori,” katanya. 

Sebarang maklumat lanjut sila kunjungi galeri jualan Asiaric Construction di Jalan Pasir Puteh Sentral atau menghubungi talian 09-7481221 atau 013-2888098. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini