34 pelacur ditahan dalam Ops Noda - Utusan Malaysia

34 pelacur ditahan dalam Ops Noda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 39 orang termasuk 34 wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks serta lima lelaki warga tempatan ditahan pihak berkuasa dalam serbuan Operasi (Ops) Noda di Petaling Jaya, semalam. 

Ops Noda bermula pukul 11 malam semalam dijalankan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan kekuatan 37 anggota dan pegawai. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata, serbuan dilakukan di empat premis yang berbeza membabitkan dua pusat urut, sebuah hotel dan pusat hiburan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Rohaimi, kesemua yang ditahan berumur antara 19 hingga 41 tahun membabitkan 24 wanita warga Vietnam, enam warga Thailand dan empat warga Indonesia selain 5 lelaki warga tempatan dipercayai penjaga kepada pelacur tersebut. 

“Selain itu, pihak berkuasa turut menahan enam orang pelanggan premis tersebut untuk membantu siasatan.

“Sindiket tersebut dipercayai beroperasi setiap hari bermula pukul 12 tengahari sehingga empat pagi dengan menawarkan bayaran RM170 bagi pakej layanan seks kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan tersebut di sini hari ini.

Menurut Rohaimi, polis merampas kupon-kupon bernilai RM20, botol minyak badan, kondom tiada jenama, buku catatan kerja harian serta wang tunai dalam serbuan itu. 

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan (KK) kerana terbabit kegiatan persundalan selain Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (EHDTTH) serta kesalahan-kesalahan imigresen mengikut Seksyen 39b Peraturan Imigresen, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini