Polis nafi kejadian rompakan bersenjata tular di Facebook - Utusan Malaysia

Polis nafi kejadian rompakan bersenjata tular di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELURAN – Polis menafikan kejadian rompakan bersenjata di daerah ini, seperti dikatakan oleh seorang pemilik akaun Facebook dalam satu hantaran baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda berkata, hantaran yang dimuat naik ke Facebook mula tular sejak 28 Jun lepas itu mengatakan suami pemilik akaun Facebook itu dirompak oleh satu kumpulan yang menaiki dua kenderaan, dan kumpulan terbabit dikatakan mengacukan sepucuk pistol di kepala suami pemilik akaun Facebook itu serta dua bilah pisau di perut, ketika melalui simpang berhampiran sebuah hutan simpan dekat sini.

“Polis menafikan kenyataan pemilik akaun Facebook “Arwana Putih” itu… semakan ke atas laporan polis di daerah-daerah berhampiran, mendapati tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kasim meminta agar orang ramai melaporkan atau mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang kejadian di Beluran daripada IPD atau balai polis berdekatan daripada mempercayai maklumat yang tidak disahkan di media sosial.

Beliau berkata orang ramai juga boleh menghubungi ‘hotline’ IPD Beluran di talian 089-511222.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini