Ajal selepas futsal - Utusan Malaysia

Ajal selepas futsal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Seorang remaja lelaki maut selepas pulang bermain futsal apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam parit di Kampung Batu 4, Sepintas, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, Muhammad Fariz Jamari, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira itu menuju ke rumahnya di Jalan Ban Tanjong Ketum selepas bermain futsal. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kenderaan yang dipandu itu kemudiannya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam ke dalam parit. 

“Mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat,” katanya.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini