Petronas sahkan Mohd. Anuar masih CEO Perniagaan Huluan - Utusan Malaysia

Petronas sahkan Mohd. Anuar masih CEO Perniagaan Huluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Petronas hari ini menjelaskan bahawa Datuk Mohd. Anuar Taib masih kekal dengan jawatannya sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perniagaan Huluan syarikat petroliam nasional tersebut.

Mohd. Anuar Taib
Mohd. Anuar Taib 

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, penjelasan itu sebagai menjawab laporan media tertentu yang mendakwa Mohd. Anuar telah meninggalkan syarikat tersebut.

Sebaliknya, kata Petronas, Mohd. Anuar hanya meletak jawatan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah satu anak syarikat, Petronas Gas Berhad pada 28 Jun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Atas kapasiti secara bebas, Petronas Gas Berhad yang juga subsidiari Petronas pada 28 Jun, 2019 dan mematuhi Syarat Penyenaraian Pasaran Utama, telah memaklumkan Bursa Malaysia mengenai peletakan jawatan Mohd Anuar sebagai Pengerusi Petronas Gas Berhad, berkuat kuasa 1 Julai, 2019, seiring dengan usaha penyusunan semula dalaman Petronas yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah pada 28 Feb, 2019,” kata kenyataan itu.

Berikutan langkah itu, Petronas Gas Berhad kini diterajui oleh Adif Zulkifli yang menyandang tugas sebagai Naib Presiden Eksekutif dan CEO Perniagaan Gas dan Tenaga Baharu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini