Lorong kanan Persiaran Kerjaya ditutup sementara bermula 1 Julai - Utusan Malaysia

Lorong kanan Persiaran Kerjaya ditutup sementara bermula 1 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lorong kanan Persiaran Kerjaya, Shah Alam Selangor dari kedua-dua arah Subang dan Kuala Lumpur akan ditutup sementara untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penempatan semula utiliti projek Transit Aliran Ringan (LRT3).

MRCB George Kent Sdn. Bhd., (MRCBGK) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, masa penutupan akan dilakukan bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang dan 11 malam hingga 5 pagi pada 1 Julai hingga 1 Disember ini.

“Penutupan akan bermula dari jalan Median berhadapan bangunan Basis Bay sehingga ke bangunan Nippon Menard di Persiaran Kerjaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, dua lorong di Persiaran Kerjaya akan dibuka untuk pemandu yang menuju ke arah Subang, Kuala Lumpur dan Shah Alam pada setiap masa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini