Selesai dulu urusan dalaman PKR - Utusan Malaysia

Selesai dulu urusan dalaman PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kepemimpinan PKR dinasihat untuk menyelesaikan terlebih dahulu urusan dalaman parti itu sebelum memberi pandangan mengenai langkah kerjasama di antara UMNO dan Pas.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
KAMARUZAMAN MOHAMAD 

Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, urusan melibatkan UMNO dan Pas akan diselesaikan sendiri oleh kedua-dua parti itu dan sudah tentu apa juga tindakan terbaik akan diambil untuk memperkasakan kerjasama perpaduan ummah yang sudah mula terjalin.

“PKR selesaikan dulu urusan dalaman mereka, isu video tak selesai lagi, biarkan urusan UMNO – Pas ini diselesaikan oleh kami. Kami rasakan kami tak perlukan khidmat nasihat daripada PKR, terima kasih di atas pandangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu kita akan bincang dan kita akan ambil apa tindakan yang perlu untuk memperkasakan rancangan perpaduan ummah kita ini, terima kasihlah kepada PKR,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Sambutan dan Jamuan Raya, Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Bangi di Bandar Baru Bangi dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Sallehen Mukhyi; Ketua UMNO Bahagian Bangi, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain dan Yang Dipertua Pas Bangi, Mohd. Shafie Ngah.

Semalam, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mencabar UMNO dan Pas untuk menyerahkan lima kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di samping Exco di negeri dikuasai masing-masing bagi membuktikan yang keikhlasan kerjasama kedua-dua parti pembangkang itu bukan retorik politik semata-mata.

Sementara itu, jelas Kamaruzaman, Pas bersedia untuk berdialog dengan mana-mana pihak dalam isu ucapan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menegaskan bahawa wajib untuk PAS menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kerajaan hari ini dilihat dengan jelas tidak mendokong aspirasi nasional dan saya ingin menambah bahawa kerajaan PH wajib dijatuhkan dalam pilihan raya akan datang

“Kami bersedia 25 jam sehari lapan hari seminggu, panggil kami dan kami sedia berdialog pada bila-bila masa dan oleh sesiapa saja

Nak tetapkan tempat, siapa panel di sebelah sana insya-Allah kami akan hadir,” katanya.

Baru-baru ini, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin mencabar Nik Zawawi untuk membicarakan kewajaran ucapan berkenaan dan mengharapkan supaya ada badan bebas atau stesen televisyen yang rela menganjurkan dialog tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini