Pemandu maut selepas lori dipandu terbalik - Utusan Malaysia

Pemandu maut selepas lori dipandu terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Seorang pemandu lori maut akibat tersepit selepas kenderaan membawa muatan kayu pembahagi yang dipandunya terbalik di Kilometer 216, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi, mangsa, Roha Zurihan Hamzah, 39, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Gemas, Negeri Sembilan menghala ke ibu negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu mangsa yang membawa muatan kayu pembahagi hilang kawalan ketika melalui susur keluar plaza tol.

“Kenderaan berat terbabit kemudian terbabas melanggar penghadang jalan sebelah kanan lalu terbalik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang tersepit di tempat duduk dibawa keluar oleh pasukan bomba dan penyelamat, namun kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini