Caprice cari pemain PUBG, tawar gaji sehingga RM5,000 - Utusan Malaysia

Caprice cari pemain PUBG, tawar gaji sehingga RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gaji antara RM3,000 sehingga RM5,000 hanya untuk bermain permainan video PlayerUnknown’s Battleground (PUBG). Itu tawaran daripada penyanyi rap terkenal tanah air, Caprice kepada pemain sukan elektronik yang semakin popular ketika ini dalam negara.

Menerusi perkongsian dalam laman Instagram miliknya semalam berkata, Caprice memaklumkan yang dia ketika ini sedang mencari dua pemain PUBG Mobile dan dua pemain PUBG Emulator sebagai satu daripada pelaburan dalam bidang sukan elektronik.

Caprice atau nama sebenarna Ariz Ramli menjelaskan yang pihaknya akan menyediakan perkhidmatan penajaan, pemasaran dan penjenamaan bagi pemain pasukan PUBG miliknya nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perkongsian sama, Caprice turut memaklumkan yang dia mahu mendapatkan seorang pemain sukan elektronik terkenal dalam negara, Ahmad Fuad Razali atau lebih dikenali sebagai Fredo.

Fredo ialah pemain bagi pasukan Shopee Boskurr untuk permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang kini beralih arah untuk menumpukan perhatian dalam pertandingan PUBG Mobile. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini