Sweden ke separuh akhir Piala Dunia Wanita - Utusan Malaysia

Sweden ke separuh akhir Piala Dunia Wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Stina Blackstenius meledak jaringan kemenangan bagi memacu kebangkitan Sweden untuk menundukkan Jerman bagi membolehkan mereka berdepan Belanda dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Wanita buat kali pertama.

Sweden tidak pernah menang ke atas Jerman dalam kejohanan utama sejak Piala Dunia 1995 termasuk beberapa kejohanan lain seperti Kejohanan Eropah dan Sukan Olimpik.

Ia termasuk kekalahan di final Piala Dunia 2003 dan final Sukan Olimpik Rio 2016 tetapi berjaya melunaskan dendam mereka di Rennes dengan kemenangan 2-1.

Memuatkan artikel berkaitan…

Blackstenius juga menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Kanada selain turut menjaringkan gol ketika tewas kepada Jerman di Sukan Olimpik Rio 2016.

“Kami sudah bincangkan kemungkinan untuk kami melangkah jauh dan menang dalam setiap perlawanan.

“Tiada apa yang boleh menghalang kami. Kami akan lakukan segalanya.

“Kami sudah layak ke Sukan Olimpik. Ini perkara yang sering berlegar di fikiran kami selama ini,” kata pengendali Sweden Peter Gerhardsson.

Jerman kini berdepan kesukaran untuk mempertahankan pingat emas Sukan Olimpik kerana kekalahan itu menyaksikan mereka gagal ke saingan Tokyo 2020.

Sweden akan berdepan Belanda di Lyon, Rabu ini dan mahu menebus kedukaan di Euro 2017.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini