Itu cadangan sahaja, belum ada keputusan lagi - Mazlan Mansor - Utusan Malaysia

Itu cadangan sahaja, belum ada keputusan lagi – Mazlan Mansor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor enggan mengulas mengenai cadangan membawa masuk tenaga kerja dari Afrika dalam sektor perladangan ke negara ini.

Menurut beliau, perkara itu hanya cadangan dan belum lagi sebarang keputusan dibuat mengenainya.

“Itu cadangan sahaja, belum ada keputusan lagi dan tiada komen,” katanya dengan ringkas dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara di Taman Ekuestrian di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran yang berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja dalam sektor perladangan pada masa akan datang.

Sementara itu, Mazlan berkata, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan satu elemen penting di dalam mencegah kegiatan jenayah di negara ini.

Ujar beliau, unit tersebut kini telah menjadi cabang utama polis dan sama kuat seperti jabatan lain.

“Daripada sudut PDRM, ia merupakan satu elemen penting pencegahan khususnya di kawasan pendalaman dan juga di lokasi di mana mobiliti kita lain yang sukar hampiri,” katanya.

Dalam masa sama, Pegawai Pemerintah Unit Berkuda, Deputi Superintenden Nurhidayah Damanhoori memaklumkan, bukan mampu mengawal jenayah, Unit Berkuda telah menjadi tarikan orang ramai kerana keunikan haiwan itu.

Katanya, terdapat 56 ekor kuda dan 114 anggota polis dalam Unit Berkuda yang ditempatkan kawasan tumpuan orang ramai khususnya sekitar Lembah Klang.

“Jika dahulu, unit ini ditugaskan di kawasan sempadan, tetapi oleh kerana keadaan telah berubah, ia ditugaskan di kawasan tumpuan seperti Kuala Lumpur, Cheras dan Cyberjaya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini