Maritim Malaysia tahan dua bot penumpang di perairan Port Dickson - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan dua bot penumpang di perairan Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan menahan dua bot penumpang yang didapati melakukan pelbagai kesalahan di perairan negeri ini dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Amran Daud berkata, penahanan bot-bot itu dilakukan anggota Maritim Malaysia yang membuat rondaan rutin di kedudukan 0.1 dan 0.7 batu nautika barat pantai Telok Kemang kira-kira pukul 4 petang.

“Pemeriksaan mendapati salah sebuah bot telah beroperasi dengan lesen yang tamat tempoh manakala sebuah lagi bot membawa penumpang melebihi muatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua tekong serta dua bot ditahan dan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya telah membuat lima tangkapan ke atas bot penumpang di atas pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau menasihatkan pengusaha – pengusaha bot penumpang tidak mementingkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan aspek keselamatan pelancong.

Beliau berkata, pihaknya sedang meningkatkan operasi penguatkuasaan di perairan kedua-dua negeri ini dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat jenayah dan kecemasan di laut di talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi 24 jam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini