Pemuda maut motosikal rempuh kereta - Utusan Malaysia

Pemuda maut motosikal rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) berhampiran Stadium Hang Jebat di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa, Ahmad Husain Abdullah, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dalam perjalanan dari arah Krubong menghala Sungai Udang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang anggota bomba berusia 20 tahun. 

“Akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anggota bomba terlibat mengalami cedera di belakang kepala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini