Argentina mara ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Argentina mara ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO – Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni mempertahankan kapten, Lionel Messi meskipun bintang Barcelona itu menampilkan aksi kurang meyakinkan pada saingan Copa Amerika 2019.

Meskipun hanya menja­ringkan satu gol setakat ini, namun Messi berjaya menge­tuai Argentina mara ke separuh akhir selepas membantu pasukan itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Venezuela pada aksi suku akhir di Stadium Maracana awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez dan pemain tengah, Giovani Lo Celso masing-masing menjaringkan satu gol bagi membawa skuad La Albiceleste itu ke pusingan empat pasukan terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir masih ramai orang yang sependapat dengan saya apabila menganggap kehadiran Messi di atas padang memberi kelebihan kepada Argentina dalam setiap perlawanan.

“Sekiranya anda semua boleh lihat sumbangannya dalam bilik persalinan selain mengambil kira peranannya membantu rakan sepasukan di atas padang, mungkin anda tidak akan cuba mengkritik Messi,” kata Scaloni.

Kemenangan itu memastikan Argentina me­nempah slot separuh akhir menentang tuan rumah, Brazil, sekali gus menjadi perlawanan yang amat dinanti-nantikan pada edisi kali ini.

“Perlawanan itu nanti akan menjadi pengalaman yang amat hebat untuk semua peminat bola sepak di luar sana. Bagaimanapun, kami mungkin berdepan kesukaran, namun kami akan cuba memenangi perlawanan tersebut,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini