Leclerc tempah petak pertama pada GP Austria - Utusan Malaysia

Leclerc tempah petak pertama pada GP Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPIELBERG, Austria – Charles Leclerc kekal tenang dalam sesi kelayakan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) yang menyaksikan pelumba muda itu menempah petak utama setelah mencatat rekod baharu trek yang baharu dan turut memintas pemandu Mercedes, Lewis Hamilton yang melengkapkan saingan di kedudukan kedua, hari ini.

Anak muda berusia 21 tahun itu mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 3.003 saat (s), manakala rakan sepasukannya dalam Ferrari, Sebastian Vettal yang berdepan masalah tekanan udara pada jenteranya sekadar berada di tangga ke-10.

Pelumba Red Bull, Max Verstappen melengkapkan aksinya dalam kelayakan, hari ini di kedudukan ketiga, sementara rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas di tempat keempat dan Kevin Magnussen yang memandu jentera Haas di kedudukan kelima.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jentera mempamerkan prestasi yang mengagumkan. Saya bergelut pada P1, tetapi selepas beberapa perubahan dilakukan, saya mula berlumba dengan baik dan gembira dapat menempah petak utama. Esok, saya berharap dapat melengkapkan tugas ini,” kata Leclerc. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini