Liyana Jasmay di mana tu? - Utusan Malaysia

Liyana Jasmay di mana tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMA juga tak mendengarkan kisah Liyana Jasmay. Tup-tup ada yang bercerita tentang pelakon ini yang dikatakan tidak muncul dalam satu majlis perasmian membabitkan sebuah syarikat pengurusan pelancongan baru-baru ini.

Mary tak pasti apa puncanya, tetapi pihak penganjur didakwa telah berkali-kali menghubungi pelakon tersebut yang pada awalnya bersetuju untuk hadir sebagai artis jemputan.

LIYANA JASMAY

Selepas berjaya dihubungi, khabarnya penganjur terkejut apabila di hari majlis berlangsung, Liyana pada saat akhir memaklumkan tidak dapat datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terkejut juga Mary bila kononnya Liyana memberi alasan dengan ayat berbunyi begini, ”I don’t feel like going to”.

Jadi maksudnya dia memang tak nak datang lah bukan? Ish… kenapa macam tu?

Kalau betul pun, berilah alasan lain yang lebih berlapik dan berbahasa. Lagipun, kalau betul tak berminat nak datang, kenapa dari awal tak cakap terus-terang?

Persetujuan sudah diberi dan penganjur pun sudah buat macam-macam urusan sebagai persediaan, kesian mereka yang sudah bertungkus-lumus membuat kerja.

Tak mengapalah, selesaikan sahaja masalah ini dengan berhemah. Mary harap kedua-dua belah pihak dapat selesaikan isu ini dengan sebaik mungkin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini