CER KOME TANYE - Utusan Malaysia

CER KOME TANYE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saya ada berhutang di kedai India Muslim atas kebenaran pekerja sahaja. Saya hendak menjelaskan hutang tersebut tetapi pemilik kedai jarang datang ke kedai itu.

Saya bimbang sekiranya saya bayar kepada pekerja, wang itu tidak sampai. Apakah yang harus saya lakukan?

* Zamani Hashim, Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

UKE: Setiap hutang wajib dijelaskan. Maka anda juga wajib menjelaskan hutang anda. Cuma tindakan anda berhutang dengan pekerjanya sahaja tanpa daripada tuan kedai itulah yang agak berat sedikit. Namun ia tidak menjadi kesalahan jika si pekerja menjamin hutang anda itu atau si pekerja memang dilantik untuk menguruskan perniagaannya termasuklah bagi kes-kes hutang seperti anda. Maka anda bayarlah hutang anda itu walaupun hanya melalui si pekerjanya sahaja dan yakinlah bahawa hutang anda itu disampaikan kepada tuan kedai.

Kalau si pekerja itu khianat tanpa pengetahuan anda dan pemilik kedai, itu bukan masalah anda. Yang penting hutang itu ditulis transaksi hutang dan pembayaran supaya tidak ada unsur penipuan, kesilapan, lupa dan sebagainya.

Doa bersama imam

Benarkah doa beramai-ramai diketuai imam selepas solat bidaah?

* Hairul, Parit Buntar.

UKE: Harus berdoa beramai-ramai bersama imam dan mengaminkan bacaan doa imam dan ia bukan bidaah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini