LONDON – Liverpool melengkapkan perjanjian untuk membawa masuk pertahanan PEC Zwolle, Sepp van der Berg ke Anfield.
The Reds bersetuju untuk membayar yuran 1.3 juta pound (RM6.8 juta) dan harga pemain tersebut boleh melambung hingga mencecah 4.4 juta pound (RM23 juta) sekiranya Van der Berg membuat penampilan dalam beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara.
Pemain berusia 17 tahun itu akan lapor diri di Melwood pada 6 Julai ini untuk menyertai latihan bersama rakan sepasukan.
“Perasaan yang cukup menakjubkan. Bagi saya, ini adalah kelab besar dan impian saya telah menjadi kenyataan. Saya berasa sangat teruja. Saya sudah melihat pemain yang lahir daripada akademi di sini. Sukar dipercayai.
“Sudah tentu, jurulatih (Jurgen Klopp) adalah yang terbaik dan menjadi salah sebab mereka berjaya dan sebab saya datang ke sini. Saya fikir ini adalah tempat terbaik untuk saya membesar dan saya berharap dapat beraksi dalam banyak perlawanan,” kata Van der Berg. – AGENSI











