Lelaki ‘lalok’ berseluar dalam ditahan polis - Utusan Malaysia

Lelaki ‘lalok’ berseluar dalam ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki yang hanya berseluar dalam serta dipercayai ‘lalok’ ditahan polis kerana mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya di Sibu, Sarawak semalam.

Portal Utusan Borneo melaporkan, terdahulu, pihak polis menerima seorang pengadu berusia 26 tahun yang melaporkan kereta miliknya telah ditendang di bahagian belakang ketika berada di dalam kereta di Jalan Merlin kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, susulan itu, sepasukan polis diketuai pegawai kanan polis Asisten Superintenden Sylvarius Gopog dikerahkan ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, suspek berusia 28 tahun itu dikatakan membawa sebilah pisau namun masuk ke rumah orang lain dan menjerit ‘siapa mahu lawan’ sambil menunjukkan senjata berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melarikan diri ke Lorong Belian sebelum dilihat membasahkan dirinya dengan hos air di halaman rumah sendiri di kawasan tersebut.

“Menyedari kehadiran polis, suspek yang memegang pisau bertindak membuang senjata itu ke dalam parit berhampiran rumahnya sebelum ditahan pada pukul 1 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Stanley berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek dipercayai mengambil dadah jenis syabu dengan dos berlebihan .

Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu dan perintah reman akan dipohon di mahkamah serta dirujuk kepada pihak narkotik untuk ujian air kencing.

“Sehingga kini, dua laporan telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Bahaya (AKBLSB) 1958 dan 427 Kanun Keseksaan kerana membawa senjata berbahaya (pisau) di tempat awam dan khianat ke atas kenderaan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini