Kanak-kanak perempuan parah di muka digigit anjing - Utusan Malaysia

Kanak-kanak perempuan parah di muka digigit anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun cedera parah di bahagian muka dan badan akibat digigit anjing jenis baka campuran peliharaan jiran di Taman Makmur, Endau dekat Mersing kelmarin.

KANAK-KANAK perempuan berusia 11 tahun yang cedera parah di bahagian muka akibat digigit anjing jiran di Taman Makmur di Endau, Mersing. – UTUSAN ONLINE

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, dalam kejadian pada 7.30 malam, mangsa diserang anjing itu semasa sedang bermain-main di rumah jirannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas tali rantai pengikat anjing itu tercabut.

“Anjing tersebut yang merupakan anjing baka campuran telah bertindak menggigit bahagian muka dan beberapa bahagian badan mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di muka dan beberapa bahagian badan dibawa ke Hospital Rompin untuk rawatan sebelum dihantar ke hospital pakar bagi susulan lanjut oleh keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemilik anjing tidak mempunyai sebarang permit atau lesen untuk memiliki anjing tersebut.

Tambahnya, pihak veterinar juga sedang menyiasat dan memantau sama ada anjing tersebut mempunyai sebarang penyakit berjangkit.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini