Bersedia hadapi cuaca panas di Arab Saudi - Utusan Malaysia

Bersedia hadapi cuaca panas di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Jemaah haji tahun ini diingatkan supaya bersedia bagi menghadapi jangkaan cuaca panas di Arab Saudi dengan suhu mencecah 50 darjah Celsius.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, semua jemaah haji terlibat khususnya dalam kalangan wanita perlu membuat persediaan rapi bagi menghadapi keadaan cuaca panas di negara itu.

“Semua jemaah haji khususnya wanita perlu bersedia dengan menyediakan baju daripada kain kapas (cotton) yang serap peluh dan membawa pakaian-pakaian yang sesuai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita nasihatkan supaya minum air mencukupi sepanjang musim panas di Arab Saudi kerana kita tidak mahu berlaku kes strok haba dalam kalangan jemaah negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk dan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Majlis Jalinan Muhibah Aidilfitri Peringkat Negeri Pahang di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergasi Nasional (JPNIN), Datuk Baharin Idris.

Seramai 1,100 orang daripada 540 kawasan rukun tetangga (KRT) di negeri ini hadir pada majlis berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini