Gerai buku Kumpulan Utusan diserbu - Utusan Malaysia

Gerai buku Kumpulan Utusan diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gerai pameran buku Kumpulan Utusan yang dibuka sempena Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa (PKTA) Ke-34 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini diserbu oleh para perwakilan untuk mendapatkan buku-buku yang dijual serta diedarkan secara percuma.

Kira-kira 5,000 naskhah buku diedarkan secara percuma kepada para perwakilan di luar Dewan Tun Razak 1, PWTC selepas majlis perasmian persidangan berakhir pada pukul 12.45 tengah hari tadi yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Pada masa sama gerai pameran Kumpulan Utusan yang menjual beberapa buku terbitan kumpulan turut mendapat sambutan hangat daripada perwakilan yang mahu membeli buku dengan potongan harga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengurus Kanan Operasi Tintarona Publication Sdn. Bhd., Azlan Abdul Aziz berkata, para perwakilan turut berpeluang mendapatkan set buku ensiklopedia dalam bahasa Melayu dengan tawaran harga amat menarik.

“Paling menarik ialah satu set bersamaan 12 jilid buku ensiklopedia bahasa Melayu dengan harga RM100 termasuk pos berbanding harga asal RM1,900,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

PKTA Ke-34 yang diadakan mengumpul kehadiran lebih 4,000 perwakilan koperasi dari seluruh negara.

Tambah beliau, bagi membantu usaha-usaha kerajaan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dan selari dengan kempen ‘Dekad Membaca 2030’ yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini, maka pihaknya melanjutkan tawaran kepada semua perwakilan dan pembaca yang tidak berkesempatan tetapi berminat untuk mendapatkan ensiklopedia dengan harga istimewa tersebut selepas ini dengan menghubungi pusat jualan gudang di talian 03-9285 3810 selagi stok masih ada.

Jelas Azlan lagi, Kumpulan Utusan juga akan menyumbangkan sebanyak 30 bahan bacaan kepada 2,500 koperasi sekolah di seluruh negara.

“Buku-buku tersebut akan dihantar ke koperasi sekolah di seluruh negara oleh pihak kami dengan kerjasama Angkasa,” kata beliau.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini